Tindakan lelaki bakar sampah depan rumah jiran cetus kemarahan

Seorang lelaki di Indonesia dikecam hebat selepas video dirinya membakar sampah di hadapan rumah jiran tular di media sosial, mencetuskan perdebatan tentang etika hidup berjiran.
JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia menerima kecaman orang ramai apabila dirakam membakar sampah di hadapan rumah jirannya, lapor portal berita Lambe Turah.. Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan lelaki terbabit membawa sampah lalu diletakkan ke dalam unggun api yang dinyalakan di hadapan rumah jirannya.. Menurut pemilik rumah, kejadian itu berlaku pada pukul 6 pagi (waktu tempatan).. “Pukul 6 pagi udara sudah kotor.. Saya mempunyai anak yang tidak boleh kena debu dan asap.. Kenapa tidak membakar sampah di hadapan rumah anda (lelaki berkenaan)?. Kenapa perlu di depan rumah saya?,” tulis pemilik rumah di media sosial.. Rakaman itu mencatatkan lebih 1.4 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.. “Tidak semua orang tahu adab berjiran,” kata seorang netizen.. “Laporkan kepada pihak berkuasa,” kata pengguna media sosial lain.. – AGENSI
bakar sampah, jiran, etika berjiran, Indonesia, viral, pencemaran udara, adab