General News

Perluasan akses pendidikan IPTA untuk rakyat Malaysia

Anthony Loke mempertahankan langkah kerajaan membuka ruang pendidikan tinggi kepada lepasan sekolah tahfiz dan institusi pendidikan luar arus perdana, sambil mempersoalkan tentangan pihak pembangkang terhadap inisiatif inklusif ini.

KUALA LUMPUR – Langkah memperluaskan akses kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kepada lepasan sistem pendidikan luar arus perdana termasuk sekolah tahfiz dan institusi bukan di bawah sistem pendidikan kerajaan perlu dipertahankan demi pendidikan rakyat Malaysia.. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata,, inisiatif itu merupakan kemudahan yang diumumkan Perdana Menteri pada Januari lalu bagi membuka lebih banyak peluang pendidikan tinggi kepada rakyat Malaysia.. Beliau yang juga Menteri Pengangkutan menjelaskan, langkah berkenaan membolehkan

lepasan institusi pendidikan luar sistem kerajaan melanjutkan pengajian ke IPTA termasuk sehingga peringkat diploma.. “Ini memberikan laluan kepada lepasan-lepasan sistem pendidikan di luar sistem kerajaan untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA, bukan universiti sahaja, malah sehingga tahap diploma.. “Kita melihat akses rakyat Malaysia mendapat pendidikan tinggi adalah sesuatu yang baik,” katanya kepada pemberita hari ini.. Beliau turut mempersoalkan tindakan pihak pembangkang yang didakwa membantah usaha berkenaan.. “Saya pelik mengapa pembangkang bantah.. Kita nak tambah akses pendidikan,

nak didik anak-anak kita supaya mendapat pendidikan lebih baik, tetapi mereka bantah.. “Mereka seolah-olah tidak mahu rakyat mendapat akses pendidikan dan menafikan hak anak-anak kita untuk belajar ke peringkat lebih tinggi,” katanya.. Tambah beliau, kerajaan komited memastikan peluang pendidikan tinggi diperluaskan secara inklusif kepada semua kelompok masyarakat tanpa mengira latar belakang sistem pendidikan.. “Kerajaan bersetuju supaya akses ini ditambah baik termasuk memberi laluan kepada pelajar sekolah tahfiz dan institusi pendidikan lain untuk menyambung pengajian di

universiti tempatan,” ujarnya.-KOSMO!. ONLINE.

akses pendidikan IPTA, Anthony Loke, pendidikan tinggi Malaysia, sekolah tahfiz, kemasukan universiti, dasar pendidikan, pendidikan inklusif

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha