malaysia news

Nahas Lebuh Raya: Dah beri ‘double signal’ pun tetap dirempuh

Sebuah video tular memaparkan kemalangan berantai di lebuh raya menghala ke Plaza Tol Duta selepas pemandu gagal mengendahkan lampu isyarat kecemasan kenderaan di hadapan.

PETALING JAYA – Tular sebuah video di media sosial memaparkan kemalangan melibatkan beberapa kenderaan di sebuah lebuh raya dipercayai menghala ke Plaza Tol Duta, kira-kira pukul 10.52 malam semalam.. Menerusi video dimuat naik di Threads Hasanah, terdapat sebuah kenderaan dipercayai terbabit dalam kemalangan terlebih dahulu sehingga berada dalam keadaan melintang di lorong kanan.. Viedeo berdurasi 18 saat itu turut menunjukkan sebuah Perodua Myvi yang behenti di belakang kenderaan terbabit sambil memberikan lampu isyarat berkembar sebagai

amaran kepada pengguna jalan raya lain.. Bagaimanapun, keadaan bertukar sebaliknya apabila sebuah kereta gagal mengelak lalu merempuh kenderaan yang berada di hadapan Myvi tersebut.. Insiden tersebut juga menyebabkan sebuah lagi kereta turut merempuh kenderaan sama di lorong kiri.. Rakaman tersebut yang tular di sosial media menerima pelbagai reaksi dengan rata-rata menyifatkan bahawa pemandu di lokasi tidak peka dengan situasi berkenaan.. “Dah bagi ‘double signal’ (lampu isyarat berkembar) dah, perlahan lah,” kata Younde.. “Kadang-kadang tak faham,

adakah orang tak fokus.. Kalau nampak isyarat daripada lampu kenderaan yang tidak bergerak, sila perlahan kenderaan,” ujar Emry.. “Semua pemandu salah, dah nampak halangan…berhenti, perlahan bukan makin laju,” kata Kinky.. Setakat ini, jumlah kenderaan yang terbabit dalam kemalangan serta keadaan mangsa masih belum dapat dipastikan.. – KOSMO.. ONLINE View on Threads

kemalangan lebuh raya, nahas jalan raya, double signal, insiden lalu lintas, keselamatan jalan raya, Plaza Tol Duta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Secret Link