General News

Hakim Danish dominasi latihan bebas GP Catalunya

Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish, tampil cemerlang menduduki tangga pertama dalam sesi latihan bebas GP Catalunya, sekali gus mengesahkan tempat ke Q2.

KUALA LUMPUR – Pelumba Moto3 negara, Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan penguasaan pada hari pertama Grand Prix (GP) Catalunya di Litar Catalunya apabila mencatat masa terpantas dalam sesi latihan bebas.. Pelumba pasukan MT Helmets-MSI itu melakukan catatan masa sepusingan terpantas 1 minit 46.943 saat (s), sekali gus membolehkan dia mara secara automatik ke sesi kelayakan kedua (Q2) esok.. Meskipun melakukan catatan masa terpantas hari ini, namun pelumba kelahiran Kampung Surau Panjang, Kuala Terengganu itu tidak

mudah berpuas hati dan sedia untuk menampilkan tunggangan lebih mantap di Q2 nanti.. “Syukur Alhamdulillah untuk kedua-dua sesi latihan bebas dapat tempat pertama.. Secara keseluruhan, perasaan saya agak baik dengan jentera dan itu membuatkan saya lebih yakin untuk beraksi.. “Bagaimanapun, saya tidak boleh rasa terlalu selesa kerana pelumba-pelumba lain pasti akan cuba untuk melakukan tekanan.. Saya pun tidak akan duduk diam dan perlu cuba lagi untuk kelayakan esok,” katanya selepas tamat sesi latihan bebas.. Catatan

masa dilakukan Danish turut mengatasi tiga pelumba tuan rumah, termasuk Brian Uriarte yang mencatat 1:47.042s, Adrian Fernandez (1:47.146s) dan David Almansa (1:47.362s).. Selepas mengharungi lima perlumbaan sepanjang saingan musim ini, pelumba berusia 19 tahun itu sudah berjaya mengumpul 18 mata keseluruhan dan berada di tangga ke-15 dalam carta kejuaraan dunia.. – KOSMO!. ONLINE

Hakim Danish, Moto3, GP Catalunya, Sukan Permotoran, Latihan Bebas, Berita Sukan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Secret Link

Warning: foreach() argument must be of type array|object, null given in /home/misryoum/public_html/wp-content/plugins/wp-defender/src/component/class-network-cron-manager.php on line 216