malaysia news

Isu ADUN lantikan Johor: Kor Ming jangan hipokrit, bermuka-muka

UMNO menuduh Nga Kor Ming tidak konsisten berhubung cadangan ADUN lantikan di Johor dan menggesa rakyat menilai sikap pemimpin.

PETALING JAYA: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr.. Muhamad Akmal Saleh mendakwa kenyataan Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming berhubung cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan di Johor bersifat tidak konsisten dan hipokrit.. Beliau berkata, pendirian Ahli Parlimen Teluk Intan itu turut dilihat mempunyai kaitan dengan kepentingan politik menjelang pilihan raya.. “Saya nak tanya, sekarang tak setuju sebab apa?. Tapi sebelum ini ADUN lantikan Pakatan Harapan (PH) di Pahang setuju, terima pula.. “ADUN lantikan PH

di Sabah pun setuju, terima walaupun DAP kosong (kerusi) di Sabah,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.. Sebelum ini, Kor Ming mendakwa keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) berhubung cadangan mewujudkan lima jawatan ADUN lantikan pada Khamis lalu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.. Beliau berkata, PH akan mengadakan kempen mengutip tandatangan rakyat Johor dalam masa terdekat bagi membantah perkara tersebut.. Dalam pada itu, Muhamad Akmal meminta rakyat menilai sendiri sikap pemimpin

berkenaan yang menurutnya menerima sesuatu perkara di satu tempat tetapi menolak perkara sama di lokasi lain.. “Jadi kepada Nga Kor Ming, janganlah hipokrit, janganlah bermuka-muka.. “Dekat kamu terima, boleh.. Dekat lain tak boleh.. Jadi, rakyat Malaysia, fahamlah.. Ini sebenarnya perangai Nga Kor Ming,” katanya.. – UTUSANa

Secret Link