General News

Terengganu FC dikecewakan Imigresen FC dalam Liga Super

Terengganu FC mengalami kekalahan mengejut 1-3 di tangan Imigresen FC dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

KUALA NERUS – Terengganu FC (TFC) dimalukan Imigresen FC apabila tumpas 1-3 di hadapan penyokong sendiri dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini sebentar tadi.. Kekalahan kedua berturut-turut tersebut menyaksikan kedudukan skuad Sang Penyu di tempat kelima kini mula goyah hanya dibezakan dua mata dengan Imigresen FC yang berada di tangga keenam.. Tuan rumah pada mulanya mendahului 1-0 menerusi jaringan kapten pasukan, Raianderson da Costa Morais pada minit keenam.. Keceriaan

TFC tidak kekal lama apabila pasukan pelawat berjaya menyamakan kedudukan 1-1 hasil kesilapan pertahanan import, Diego Luiz Landis yang tertampan bola masuk ke gawang sendiri pada minit ke-18.. Skuad Sang Penyu berpeluang kembali mendahulu menerusi serangan balas namun percubaan penyerang import, Yann Mabella pada minit ke-25 tidak menemui sasaran.. Imigresen FC kemudiannya memperolehi tendangan penalti yang disempurnakan penyerang import, Eduardo Jose Vegas pada minit ke-32.. Vegas terus garang meledak gol kedua peribadi dan ketiga buat

pasukan pelawat pada minit ke-48.. – KOSMO!. ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Secret Link