malaysia news

Usahawan Asnaf Terima Subsidi Sewa Mesin Layan Diri 24 Bulan

Kerajaan dan MAIWP memperkasakan golongan asnaf melalui program mesin layan diri dengan subsidi sewa dan modal permulaan untuk meningkatkan pendapatan ekonomi.

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyediakan mesin layan diri makanan dengan subsidi sewa penuh selama 24 bulan, selain bantuan modal permulaan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada usahawan asnaf.. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, pelaksanaan Program Inisiatif Pendapatan Rakyat – Inisiatif Usahawan Makanan (IPR-INSAN) telah menunjukkan hasil yang positif dan boleh diukur.. Beliau berkata, sebahagian peserta program turut berjaya mencatat jualan antara RM4,000 hingga RM10,000 sebulan melalui penempatan mesin itu di lokasi strategik

seperti stesen MRT, UTC dan premis tumpuan awam.. “Sehingga 5 Mei 2026, sebanyak 1,125 unit mesin layan diri telah dipasang di seluruh negara, dengan 712 peserta aktif mencatatkan hasil jualan kumulatif melebihi RM2,000 sejak mula beroperasi.. “Setakat Mac 2026, program ini turut merekodkan jualan keseluruhan sebanyak RM20.46 juta.. Ini membuktikan IPR-INSAN bukan sekadar program bantuan, tetapi satu peluang untuk rakyat berniaga, membina pendapatan sendiri dan keluar daripada kemiskinan dengan lebih berdikari,” katanya.. Beliau berkata demikian

kepada pemberita selepas merasmikan majlis perasmian jalinan kerjasama strategik MAIWP bersama Kementerian Ekonomi menerusi IPR-INSAN dalam usaha memperkasa ekonomi golongan asnaf dan usahawan kecil di Wilayah Persekutuan, hari ini.. Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr.. Zulkifli Hasan.. Tambah Akmal Nasrullah, kerjasama bersama MAIWP akan membantu pelaksanaan program ini dibuat dengan lebih bersasar.. “Kementerian Ekonomi akan mengemukakan permohonan kepada Kementerian Kewangan bagi pelanjutan IPR-INSAN selama 24 bulan lagi supaya manfaat

IPR dapat diteruskan kepada lebih ramai rakyat dlm kategori B40 terutamanya di kawasan perbandaran dapat dibantu meningkatkan pendapatan dan mempertahankan maruah kehidupan keluarga mereka.. Dalam pada itu, Zulkifli berkata, sinergi antara MAIWP dan Kementerian Ekonomi membuktikan komitmen kerajaan dalam membangunkan rakyat secara menyeluruh menerusi pendekatan keseluruhan kerajaan.. Beliau berkata, MAIWP bukan sekadar menyalurkan bantuan zakat secara rutin, sebaliknya mahu melahirkan lebih ramai usahawan asnaf yang mampu berdikari dan keluar daripada kepompong kemiskinan.. “Sehingga 15 Mei

2026, MAIWP telah mengagihkan RM 449,839,081 dana zakat yang meliputi 38 Skim Bantuan meliputi (kluster2) selain bantuan secara tidak langsung menerusi program pembangunan asnaf dan menerusi institusi pendidikan milik MAIWP.. “MAIWP berharap inisiatif ini dapat melahirkan lebih ramai usahawan berjaya dalam kalangan asnaf sehingga mampu menjadi penyumbang zakat pada masa hadapan,” katanya.. – UTUSAN

asnaf, IPR-INSAN, MAIWP, mesin layan diri, ekonomi, usahawan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Secret Link