malaysia news

Kesan Dua Minggu Tanpa Telefon Pintar: Otak Kembali Muda?

Kajian mendapati bahawa mengurangkan penggunaan internet pada telefon pintar selama dua minggu mampu meningkatkan fokus dan kesihatan mental secara drastik.

PETALING JAYA – Apabila seseorang tidak menggunakan telefon pintar termasuk melayari internet dalam tempoh dua minggu, ia bukan sahaja dapat meningkatkan tahap fokus, bahkan otak individu itu berfungsi 10 tahun lebih muda.. Menerusi perkongsian seorang ahli psikologi, Amirul Ramli pada TikTok, kajian berkaitan pernah dilakukan terhadap 467 orang dan ia menunjukkan hasil yang positif.. “Apa kesan pada otak anda bila dua minggu tak guna smartphone (telefon pintar)?. Bukan terus buang smartphone, tapi tutup internet.. Gunakan

untuk call (telefon) atau mesej sahaja.. Satu kajian melibatkan 467 orang dan selepas dua minggu mereka tak guna internet semua tu, fokus meningkat.. “Sampai tahap otak ni jadi macam 10 tahun lebih muda.. Kemudian sistem kemurungan menurun dengan kadar lebih besar daripada penggunaan antidepresan.. Kesejahteraan mental meningkat,” katanya pada video dikongsikan.. Beliau berkata, setiap notifikasi, tontonan video-video pendek dan ‘dopamine hit’ sebenarnya mengganggu sistem perhatian di dalam otak.. “Lama-lama otak dah terbiasa dengan ‘stimulation’ yang

tinggi, bila otak terlalu biasa dengan simulasi laju, fokus yang mendalam ni jadi susah.. “Anda cepat bosan, emosi tak stabil, otak sentiasa rasa nak periksa sesuatu sebab telefon sentiasa dengan kita.. Masa makan… ada, berjalan… ada, bercakap dengan orang… ada, sebelum tidur… ada,” katanya.. Amirul berpendapat adalah lebih baik penggunaan telefon pintar termasuk melayari internet dilakukan secara sedar (mindful), berbanding langsung tidak menggunakannya.. “Anda guna tu dengan sedar, guna bersebab pada waktu yang anda dah

tetapkan terkawal.. Yang bahaya bila penggunaan tu jadi automatik.. “Tangan scroll tanpa sedar, otak sentiasa mencari ‘stimulation’ setiap kekosongan anda rasa, tapi bila anda guna secara sedar, anda boleh elak otak daripada ‘overstimulation’.. “Fikiran anda lebih tenang, lebih hadir, lebih kehidupan sebenar, lebih mudah fokus, emosi lebih stabil dan dalam masa sama, anda masih dapat menikmati manfaat dunia digital ini tanpa biarkan ia kawal hidup anda,” katanya.. – KOSMO!. ONLINE @amirul.ramli♬ original sound – AmirulRamli

| MentalHealth

kesan dua minggu tanpa telefon pintar, detoks digital, kesihatan mental, fokus otak, penggunaan telefon pintar, amalan mindful

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you human? Please solve:Captcha


Secret Link