Empat pemain import Negeri Sembilan kekal untuk Liga Super

Negeri Sembilan FC mengekalkan empat pemain import, termasuk dua dari Bosnia dan tiga dari Jepun, bagi cabaran Liga Super musim depan.
SEREMBAN: Pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) mengorak langkah awal untuk bersaing dalam Liga Super musim depan dengan mengekalkan empat pemain import sedia ada.. Mereka ialah penyerang dari Bosnia & Herzegovina, Jovan Motika dan tiga pemain dari Jepun iaitu Takumi Sasaki (penyerang), Kei Oshiro (tengah) dan Yuichi Hirano (tengah).. Ketua Pegawai Eksekutif NSFC, Faliq Firdaus berkata, kesemua pemain tersebut sudah menandatangani kontrak baharu dengan NSFC baru-baru ini.. “Empat pemain import musim ini telah bersetuju menyambung kontrak
mereka dengan NSFC manakala para pemain lain akan dinilai selepas ini.. “Kedudukan seorang lagi pemain import, Mio Tsuneyasu belum dapat dimuktamadkan selepas pemain dari Jepun ini dikatakan ingin berubah angin,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan tajaan oleh jenama nutrisi tempatan, NE-G, sebagai Rakan Gel Tenaga Rasmi kelab di sini hari ini.. Majlis itu telah disaksikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun yang juga Pengerusi NSFC; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd.. Zafir Ibrahim dan
Pengurus Operasi NE-G, Amir Shah Daud.. Faliq memberitahu, NSFC tidak terburu-buru membuat rombakan besar-besaran dalam usaha membentuk pasukan yang lebih mantap bagi menghadapi persaingan dalam Liga Super musim depan.. “Kami bercadang mengekalkan kira-kira 70 peratus pemain musim ini untuk membawa cabaran liga musim 2026/2027,” ujarnya.. Sementara itu, melalui perjanjian strategik hari ini, Amir Shah berkata, NE-G akan membekalkan sokongan nutrisi tenaga kepada skuad utama The Jangs.. “Langkah ini bukan sekadar penajaan konvensional, malah merupakan inisiatif
proaktif kelab dalam memastikan para pemain mendapat bekalan tenaga optimum melalui teknologi gel tenaga yang kompetitif dan inovatif,” katanya.. – UTUSAN
Negeri Sembilan FC, Liga Super 2026/2027, pemain import NSFC, NE-G gel tenaga, Faliq Firdaus, Mio Tsuneyasu, Jovan Motika