malaysia news

EPL: Arsenal semakin hampir bergelar juara selepas menang 1-0 ke atas West Ham

Arsenal menewaskan West Ham 1-0 hasil gol Leandro Trossard pada minit ke-83, VAR membatalkan jaringan lewat Callum Wilson, menjadikan The Gunners tinggal dua kemenangan untuk sah juara.

LONDON – Arsenal FC semakin hampir menamatkan kemarau kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selama 22 tahun selepas meraih kemenangan dramatik 1-0 ke atas West Ham, sebentar tadi.. Pada aksi di Stadium London itu, pemain Belgium, Leandro Trossard yang meledak gol kemenangan pada minit ke-83 untuk memastikan tiga mata berharga menjadi milik The Gunners ketika saingan berbaki dua perlawanan.. Bagaimanapun, aksi di Stadium London itu berakhir penuh debaran apabila West Ham menyangka mereka berjaya menyamakan kedudukan

menerusi jaringan saat akhir oleh Callum Wilson pada masa kecederaan.. Namun, sistem video bantuan pengadil (VAR) menjadi penyelamat Arsenal apabila membatalkan jaringan tersebut selepas mendapati berlaku kekasaran terhadap penjaga gol, David Raya.. Sebelum itu, Raya turut muncul watak penting apabila melakukan aksi menyelamat menakjubkan untuk menafikan percubaan pemain West Ham, Fernandez pada minit ke-78 ketika kedudukan masih terikat tanpa jaringan.. Kemenangan tersebut menyaksikan Arsenal kini hanya memerlukan dua lagi kemenangan untuk mengesahkan kejuaraan EPL pertama

sejak musim 2003/04 selepas meraih selepas meraih 79 mata, musim ini.. Sementara, beberapa aksi EPL menyaksikan Nottingham Forest terikat seri 1-1 bertemu Newcastle United, Aston Villa 2-2 Burnley dan Crystal Palace 2-2 Everton.. – AGENSI

Arsenal juara EPL, West Ham 1-0, Leandro Trossard, VAR batalkan gol, David Raya menyelamat, Callum Wilson

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Secret Link