73 Pelajar Cemas Sekolah Dilanda Banjir Kilat di Tasek Junjung

Seramai 73 pelajar Sekolah Menengah Agama Al-Maahadul Islami terperangkap dalam kejadian banjir kilat akibat hujan lebat, namun kesemuanya disahkan selamat.
SEBERANG PERAI – Seramai 73 pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Al-Maahadul Islami di Tasek Junjung, Simpang Ampat di sini cemas apabila selepas bangunan berkenaan dilanda banjir kilat susulan hujan lebat tadi.. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 7.39 malam.. “Insiden melibatkan banjir kilat di kawasan sekolah dengan anggaran paras air setinggi satu kaki yang berpunca daripada hujan lebat serta paras air sungai yang meningkat.. “Ketika pasukan bomba tiba di lokasi, air telah beransur surut dan operasi pemantauan dijalankan kerana masih terdapat pelajar di asrama sekolah,” katanya di sini hari ini.. Menurut beliau, kesemua 39 pelajar perempuan dan 34 pelajar lelaki berada dalam keadaan selamat.. “Pihak sekolah turut menghubungi keluarga pelajar untuk mengambil mereka dan lokasi kejadian disahkan selamat selepas air surut sepenuhnya,” katanya.. – KOSMO!. ONLINE
banjir kilat, Tasek Junjung, SMA Al-Maahadul Islami, pelajar selamat, bomba, bencana alam, Simpang Ampat