Siasatan dalaman isu e-logbook doktor pelatih HTJS dijalankan

Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan mengambil tindakan susulan selepas laporan mengenai isu ketidakpatuhan e-logbook yang menjejaskan kesihatan mental doktor pelatih di HTJS.
SEREMBAN – Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan melalui Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) menjalankan siasatan dalaman berkaitan isu e-logbook Pegawai Perubatan Siswazah (PPS) di hospital tersebut.. Jabatan berkenaan dalam kenyataan berkata, siasatan mendapati terdapat unsur ketidakpatuhan berkaitan pengisian e-logbook termasuk penggunaan ID individu lain tanpa kebenaran serta rekod prosedur yang tidak selari dengan pelaksanaan sebenar.. “JKNS melalui HTJS mengambil maklum laporan portal berkaitan isu e-logbook melibatkan PPS di hospital ini.. Sehubungan itu, pihak hospital sedang melaksanakan
semakan semula dan pengesahan markah secara terperinci mengikut individu bagi memastikan setiap rekod latihan dan penilaian PPS adalah tepat, adil dan mematuhi standard latihan yang ditetapkan.. “Pihak hospital juga telah mengadakan sesi penerangan dan libat urus bersama PPS yang terlibat bagi menjelaskan tindakan yang sedang diambil serta memastikan kelancaran proses latihan mereka,” katanya di sini semalam.. Sejak semalam, seorang doktor pelatih berkongsi perasaannya dalam sebuah portal apabila isu berkenaan terpaksa dihadapinya hampir sebulan dan keadaan
itu menjejaskan kesihatan mental semua doktor pelatih di hospital tersebut.. – KOSMO!. Online
e-logbook, doktor pelatih, HTJS, JKNS, kesihatan mental, sistem latihan perubatan