Liga Super: Penang FC terikat lagi, PDRM sekat peluang kemenangan

Penang FC seri 1-1 dengan PDRM, mengekalkan rentak tanpa kemenangan selepas tiga seri dalam empat perlawanan Liga Super.
PETALING JAYA – Pasukan Penang FC mencatat keputusan seri ketiga daripada empat perlawanan Liga Super selepas terikat 1-1 ketika bertemu kelab tercorot, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Stadium MP Selayang, malam tadi.. Pada perlawanan itu, skuad Harimau Kumbang membariskan kesebelasan terbaik dengan pemain utama seperti Shamie Iszuan, Stefano Brundo, Tchetche Kipre dan Dylan Wenzel-Halls diletakkan dalam kesebelasan terbaik.. Pasukan pelawat kendalian Wan Rohaimi Wan Ismail dilihat lebih mendominasi di awal saingan dalam misi melupakan kekalahan
0-4 kepada Selangor FC pada minggu lalu.. Asakan bertali arus yang dilakukan oleh pelawat akhirnya membuahkan hasil menerusi penyudah yang dilakukan oleh Oj Porteria pada minit ke-34.. Bagaimanapun, kegembiraan Penang FC tidak bertahan lama selepas pertahanan, Kamil Amirul tertampan gol ke gawang sendiri berselang enam minit kemudian.. Bersambung pada babak kedua, kedua-dua pasukan terus mempamerkan corak permainan terbuka tetapi keadaan padang yang sedikit lecak ekoran hujan lebat merencatkan sedikit jentera serangan dalam misi menambah jaringan..
Peluang terbaik Penang untuk meraih gol kemenangan pada masa kecederaan tetapi rembatan Haziq Kutty Abba tersasar dengan keputusan 1-1 kekal hingga wisel penamat.. Penang kini meraih 22 mata manakala PDRM kekal dengan 11 mata selepas mengharungi 23 perlawanan musim ini.. – KOSMO!. ONLINE