malaysia news

Anwar dijangka umum pelan kesinambungan bekalan minyak pertengahan Mei

Anwar dijangka mengumum pelan kesinambungan bekalan minyak pertengahan Mei, selepas jaminan bekalan semasa sehingga Jun.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan pelan berkaitan kesinambungan bekalan minyak negara pada pertengahan Mei ini susulan ketidaktentuan bekalan global akibat konflik di Asia Barat.. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd.. Nasir berkata, pelan tersebut dijangka memberi tumpuan kepada usaha memastikan bekalan minyak domestik kekal mencukupi bagi menyokong kelangsungan aktiviti ekonomi negara selepas kerajaan sebelum ini memberi jaminan bekalan semasa mampu bertahan sehingga Jun.. Katanya, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) kini berada pada

peringkat akhir memuktamadkan sumber bekalan baharu bagi memastikan kesinambungan bekalan minyak negara dalam tempoh seterusnya.. “Perdana Menteri sebelum ini telah menyatakan beberapa sumber baharu sedang dimuktamadkan dan beliau dijangka mengemukakan jadual seterusnya berkaitan bekalan minyak negara,” katanya kepada pemberita selepas Forum Energy Crisis 2026 sempena Sidang Kemuncak Ekonomi Universiti Malaya (UMES), hari ini.. Mengulas lanjut, Akmal Nasrullah berkata, simpanan minyak negara ketika ini masih berada pada tahap operasi dan Malaysia masih mampu bertahan meskipun berlaku

gangguan bekalan hasil langkah intervensi serta pengurusan yang dilaksanakan kerajaan.. Katanya, selain usaha domestik, kerajaan turut melihat kerjasama serantau sebagai antara pendekatan penting untuk memperkukuh daya tahan bekalan tenaga.. “Di peringkat ASEAN saya difahamkan ada perbincangan dalam konteks hala tuju untuk simpanan di peringkat serantau.. “Tetapi sudah pasti dari segi kerangka, mekanisme dan sebagainya kita memerlukan perincian lanjut kerana ia melibatkan soal diplomasi serta hubungan antara negara anggota,” katanya.. Mengulas mengenai penggunaan biodiesel B15, Akmal

Nasrullah berkata, kerajaan optimis pelaksanaan peningkatan campuran biodiesel itu dapat dimulakan pada 1 Jun ini bagi membantu memanjangkan jangka hayat bekalan diesel negara.. “Struktur pelaksanaan melibatkan keseluruhan rantaian bekalan biodiesel termasuk pengedaran ke stesen minyak dan setakat ini mendapat komitmen baik daripada kementerian serta agensi berkaitan,” katanya.. – UTUSAN

Secret Link